ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT SEJAHTERA ---> TERUSKAN MENYOKONG KAMI ---> BSS3073-KESUSASTERAAN MELAYU DALAM PERMBINAAN MODAL INSAN

Friday 28 February 2014

Sajak 'Guru Oh Guru' - Usman Awang


Berburu ke padang datar
Dapat rusa belang kaki
Berguru kepala ajar
Ibarat bunga kembang tak jadi

Dialah pemberi paling setia
Tiap akar ilmu miliknya
Pelita dan lampu segala
Untuk manusia sebelum jadi dewasa.

Dialah ibu dialah bapa juga sahabat
Alur kesetiaan mengalirkan nasihat
Pemimpin yang ditauliahkan segala umat
Seribu tahun katanya menjadi hikmat.

Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa
Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta
Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara
Jika hari ini seorang ulama yang mulia
Jika hari ini seorang peguam menang bicara
Jika hari ini seorang penulis terkemuka
Jika hari ini siapa sahaja menjadi dewasa;
Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa
Dengan lembut sabarnya mengajar tulis-baca.

Di mana-mana dia berdiri di muka muridnya
Di sebuah sekolah mewah di Ibu Kota
Di bangunan tua sekolah Hulu Terengganu
Dia adalah guru mewakili seribu buku;

Semakin terpencil duduknya di ceruk desa
Semakin bererti tugasnya kepada negara.
Jadilah apa pun pada akhir kehidupanmu, guruku
Budi yang diapungkan di dulangi ilmu
Panggilan keramat “cikgu” kekal terpahat
Menjadi kenangan ke akhir hayat.

USMAN AWANG

1979

Maksud Sajak ‘Guru O Guru'

Sajak ‘Guru O Guru’ membawa tema keguruan iaitu bertemakan kemurnian 
profesion keguruan.Menurut penulis guru merupakan manusia yang tidak lokek 
dengan ilmu dan sentiasamemberikan ilmu dengan ikhlas demi untuk membentuk 
generasi muda yang berjaya dancemerlang. Persoalan ini dinyatakan penulis 
dalam rangkap pertama.

Dalam rangkap kedua pula penulis menggambarkan guru berperanan sebagai ibu bapa, 
dan rakanyang sentiasa mengambil berat dan memberikan nasihat kepada pelajarnya. 
Guru juga pemimpinatau orang yang dipercayai dan dihormati oleh golongan masyarakat. 
Pandangan dan nasihatnyaakan terus diingati.

Selain itu dalam rangkap ketiga Allahyarham Datuk Usman menyatakan jasa seorang guru 
yang telah berjasa dan berjaya melahirkan pemimpin, golongan profesional, golongan istana 
dan rakyat biasa. Kejayaan mereka bermula daripada kesabaran dan tunjuk ajar 
seorang gurumengajar membaca dan menulis.

Seterusnya dalam rangkap keempat penulis menggambarkan pengorbanan guru 
yang mengajar di bandar, luar bandar dan pedalaman. Pengorbanan mereka sangat besar. 
Mereka sanggup mengajar di sekolah-sekolah di luar bandar dan pedalaman semata-mata 
untuk menurunkan ilmu.

Akhir sekali dalam rangkap terakhir, penulis memaparkan budi dan jasa guru yang sukar 
untuk dilupakan. Golongan guru akan terus dipanggil dengan panggilan keramat “Cikgu” 
sehingga keakhir hayat mereka. Gelaran keramat ini mempunyai nilai yang sangat tinggi 
meskipun tidak mendapat keistimewaan seperti pemegang gelaran ‘Tun’, ‘Tan Sri’ 
dan sebagainya. Kesimpulannya, sajak ‘Guru O Guru’ mengangkat tema keguruan 
yang menyatakan jasa, pengorbanan, sumbangan, dan kemuliaan guru dalam masyarakat.


Nilai

Sajak ‘Guru O Guru’ sarat dengan nilai murni yang disulam dengan begitu indah sekali oleh penulis. 
Penulis menyelitkan nilai mencintai ilmu dalam rangkap pertama. Bagi penulis guru mencintai ilmu 
dan tidak lokek menyebarkan ilmu kepada pelajarnya. 

Dalam rangkap kedua pula penulis memaparkan nilai kasih sayang, ingat-mengingati dan daya
 kepemimpinan yang ada pada guru. Guru menyayangi pelajar seumpama ibu bapa menyayangi 
anaknya dan menjadi sahabat akrab terhadap pelajarnya..

Selain itu, dalam rangkap ketiga penulis menggambarkan jasa guru mendidik anak muridnya 
sehingga menjadi orang yang berjaya dalam hidup.   

Pada rangkap keempat pula dipaparkan nilai pengorbanan guru yang sanggup bertugas di bandar, luar
bandar dan pedalaman semata-mata untuk berkhidmat kepada masyarakat dan menyampaikan 
ilmu pengetahuan. 

Seterusnya, penulis menyelitkan nilai murni mengenang jasa. Jasa guru akan sentiasa diingati 
oleh masyarakat. Panggilan ‘cikgu’ akan kekal meskipun seseorang guru sudah berpencen.

Tema

Sajak ‘Guru O Guru’ bertemakan kerjaya perguruan yang mulia.

Persoalan

Terdapat banyak persoalan yang dipaparkan dalam sajak ‘Guru O Guru’,antaranya:
1. Keikhlasan seorang guru mendidik anak didik.
2. Hubungan guru dengan pelajar seperti ibu bapa dan rakan karib.
3. Kejayaan seseorang manusia adalah atas usaha dan jasa guru.
4. Pengorbanan guru yang sanggup berkhidmat di luar bandar, bandar dan pedalaman.
5. Jasa dan pengorbanan guru tetap akan dikenang oleh masyarakat

4 comments:

  1. Replies
    1. salam, This is Sayd Haque from Bangladesh currently studying at International Islamic University Malaysia. Next Friday their is a poem competition among international IIUM Students & i'm one of them. For this competition i want to read Sajak "GURU O GURU" by Usman Awang. For that i'm looking a audio of this poem becoz i have practice.If anyone of you have any audio link plz text me by Email: saydulhaque.iium@gmail.com or in my fb inbox User Name: Sayd Haque or s_haquesab@yahoo.com. thanks all of you.

      Delete
  2. salam, This is Sayd Haque from Bangladesh currently studying at International Islamic University Malaysia. Next Friday their is a poem competition among international IIUM Students & i'm one of them. For this competition i want to read Sajak "GURU O GURU" by Usman Awang. For that i'm looking a audio of this poem becoz i have practice.If anyone of you have any audio link plz text me by Email: saydulhaque.iium@gmail.com or in my fb inbox User Name: Sayd Haque or s_haquesab@yahoo.com. thanks all of you.

    ReplyDelete
  3. Sajak guru sangat sedap dan guru pandai membuat SAJAK membuat saya minat kepada sajak

    ReplyDelete