1.
Apa
itu sajak?
Sajak merupakah sejenis
puisi yang juga dikenali sebagai puisi moden. Sejarah puisi moden
atau sajak ini bukanlah satu bentuk puisi yang baharu di negara ini. Sejarah sajak telah bermula

kira-kira pada tahun 1913 lagi. Pada ketika itu seorang penulis yang
bernama Omar Mustaffa
telah menghasilkan sebuah puisi yang berjudul ‘Angan-angan’ dengan Gurindam yang telah
dimuatkan dalam majalah Utusan Melayu pada tanggal 18 Januari 1913 (Nik Hassan
Basri, 2007;368). Puisi ‘Angan-angan boleh dilihat di bawah ini.

Angan-angan
dengan Gurindam
Bangkitlah bangkit!
Mengapa tidur lama sangat?
Di mana dapat mencari negeri sekaya kita!
Bangkitlah bangkit!
Timah dimasak sudahlah hangat.
Mengapa dibiarkan bangsa lain
Bertanam getah di tanah kita?
Bijih dan getah! Bijih dan getah!
inilah jalan kekayaan yang tentu.
Hasil negeri kita yang besar dapat di situ.
Bijih dan getah! Bijig dan getah!
Dari sebab itu bangkitlah bangkit!
Jangan asyik dengan berjoget.
Lihatlah kekayaan Loke Yew Chow Kit!
Hartanya beribu bermilium ringgit
Segeralah tuan jangalah lengah
Segerahlah berbudi kepada tanah
Kerana tanah baik budinya.
Selain itu, sebagaimana pantun, syair, gurindam dan
puisi-puisi lain, sajak juga
mempunyai bentuk. Umum menyedari bahawa sajak berbentuk bebas. Dari aspek rangkap,
sajak boleh terdiri daripada sekurang-kurangnya satu rangkap. Setiap rangkap ini mempunyai
nama yang tersendiri berdasarkan jumlah baris yang terdapat dalam setiap baris. Sebagai
contoh, rangkap yang mempunyai empat baris dipanggil stanza. Seperti yang kita tahu, sajak
merupakan sebuah puisi yang tidak terikat iatu bebas dari segi bentuknya. Jadi, pengarang
boleh menghasilkan sebuah sajak yang mempunyai rima bebas, jumlah baris yang bebas dan
sebagainya tertakluk kepada mesej yang ingin disampaikannya. Begitu juga bagi suku kata bagi
setiap baris sajak yang tidak terikat seperti pantun.

Jika dilihat pula pada seni persembahan sajak atau juga
dikenali sebagai deklamasi
sajak, pastinya adalah bidang yang berbeza berbanding bidang penghasilan sajak namun masih
bersangkutan. Hal ini kerana, sekiranya seorang penyajak itu tidak memahami sajak
kemungkinan besar mesej yang ingin disampaikan oleh penyajak tidak tercapai. Begitu juga,
sekiranya penyajak itu hebat dalam mendeklamasikan sajak, beliau mampu menaikkan
mutu dan menyampaikan mesej daripada sajak secara berkesan kepada pendengar walaupun
sajak itu cuma biasa-biasa sahaja.

2.
Nilai Disebalik Mesej Sesebuah Sajak.
Mesej adalah kunci
utama dalam penghasilan sesebuah sajak. Pengkarya tidak akan
menghasilkan karya sekiranya karya tidak mempunyai mesej untuk disampaikan kepada
pembaca atau pendengar. Justeru, satu elemen yang penting dalam menyampaikan mesej
sajak adalah nilai-nilai murni yang terkandung dalam setiap sajak yang dihasilkan. Nilai-nilai
murni yang dimasukkan dalam sesebuah sajak mampu memberi kesan yang lebih terhadap
penerimaan dan penghayatan pembaca. Mari kita lihat nilai-nilai yang sering melatari sesebuah
sajak.

2.1
Nilai Patriotisme
Kitalah Kini Warga Merdeka Yang Mengerti
Mendendang Kasidah
Kasih Gema Penuh Keramat
Tidak Akan Kita
Biarkan Lelehan Sengketa Menjadi Golakan
Lava Berapi
Amarah Mencairkan
Setiakasih Kepada Nusa
Biar Elat Khabar
Pendusta Mengutus Bencana
Biar Desis Angin
Petaka Membisik Bahaya
Kita Tetap Gagah
Sebagai Pendekar Bestari
Berkeriskan Minda
Berperisaikan Agama
Budaya Warisan
Pertiwi.
Sajak
di atas merupakan petikan sajak daripada sajak ‘Kitalah warga merdeka
yang mengerti’ hasil nukilan Amy Suzzani Mohd Ainuddin yang disisipkan dalam
antologi Jamung Merdeka. Sajak ini adalah bertemakan patriotism. Oleh itu, sajak
ini banyak mengandungi nilai patriotism di dalamnya. Pada petikan sajak di atas,
penyajak telah mengajak kita untuk berjuang mempertahankan tanah air walaupun apa
jua yang datang menengtang.

2.2
Nilai keagamaan
Kubermohon
Heningan
malam menjadi saksi
Aku
kembali padaMu
Dengan
secebis doa kutadahkan
Mengharap
petunjuk darimu
Dengan
sekeping hati kuhadiahkan
Tulus
memohon kepadaMu
Karya
: No-rulesz has
Sajak
di atas dipetik daripada laman http://www.cicinta.com/2010/06/puisi-ketuhanan-
ku-bermohon.html.
Dalam sajak ini, penyajak ini membawa kita semua untuk
mendekatkan diri kepada pencipta kita. Melalui bari kelima iaitu ‘dengan sekeping hati
kuhadiahkan’ menunjukkan kepada semua bagaimana penyajak cuba menyerahkan
diri iaitu bertaqwa kepada Allah S.W.T dengan sesungguh-sungguhnya.

2.3
Nilai kasih sayang
Kasih Sayang Ibu Bapa
Hari berganti hari
Minggu bertukar minggu
Bulan terus menjelma
Saat yang dinanti makin tiba
Ibu resah ayah gelisah
Menanti saat kelahiran
Ariman
Sajak
di atas membawa mesej yang cukup bermakna iaitu menunjukkan bagaimana
satu pasangan yang tidak sabar menanti ketibaan anak mereka. Pastinya kehadiran anak
itu memberikan kegembiraan dalam hidup mereka. Jelas disini, kasih sayang ditunjukkan
oleh ibu bapa tersebut terhadap anak yang bakal dilahirkan. Nilai inilah yang sepatutnya ada
dalam diri setiap manusia. Jika kita benar menghayatinya, pastinya masalah pembuangan
bayi, masalah pengguguran haram dan segala masalah sosial yang lain dapat dibendung.

2.4
Nilai persahabatan
Persabahatan
Seorang kanak-kanak
berpakaian ceongsam bertocang dua
bergincu pipi tampak ceria
tiba-tiba datang menerpa bertegur
sapa
menghulur senyum dan ketawa manja
pada wajahnya menyerlah keriangan
mereka bermain alang-kepalang
berkejar-kejaran tanpa halangan.
Mohd.
Amran Daud
Petikan
sajak di atas merupakan petikan daripada rangkap kedua bagi sajak ‘sahabat’.
Sajak ini keseluruhannya menceritakan keakraban dan perpaduan antara anak-anak
yang berbilang kaum di Malaysia. Dalam rangkap ini, penyajak telah menyampaikan
mesej tentang hubungan antara sahabat yang sentiasa bertegur sapa dan sentiasa gembira.
Hidup mereka tidak dibelengu dengan hasad dengki.

Selain
daripada nilai-nilai di atas, terdapat banyak lagi nilai-nilai yang sering dimainkan
dalam sesebuah sajak. Antara nilai-nilai tersebut adalah baik budi, kesetiaan,
keadilan, kebebasan, kerajinan, kerjasama dan sebagainya. Sebenarnya, nilai-nilai yang
dimasukkan dalam sesebuah sajak bukanlah semata-mata untuk mengindahkan sajak
tersebut sahaja sebaliknya lebih daripada itu.

No comments:
Post a Comment