Novel Melunas Rindu Tingkatan 4
1.0 Sinopsis
1.0 Sinopsis
Novel Melunas Rindu karya Hartini Hamzah merupakan sebuah
novel yang memaparkan tentang kisah kehidupan seorang lelaki yang bernama Fuad.
Fuad atau juga dikenali dengan beberapa nama seperti Abdul Halim dan Joshua
merupakan seorang lelaki yang berketurunan Cina dan beragama Islam. Robert Lim
merupakan ayah Fuad dan dia juga berketurunan Cina, manakala ibu Fuad pula
bernama Mariana yang merupakan seorang wanita yang berketurunan Melayu dan
beragama Islam. Kehidupan Fuad sejak kecil sehingga dia menjadi seorang yang
dewasa dipenuhi dengan pelbagai dugaan dan liku. Hal ini demikian kerana, dia
tidak pernah merasai kasih sayang daripada ibu bapanya yang sebenar. Fuad
sebenarnya telah dibesarkan oleh bapa saudaranya iaitu Peter Lim. Kemudiannya, Fuad
telah diambil sebagai anak angkat oleh pasangan suami isteri iaitu Pak Ismail
dan Mak Salmah.
Pada
suatu hari,Fuad didatangi oleh cikgu Abas dan dia telah telah ditawarkan untuk menjadi guru sandaran
di Sekolah Menengah Seri Setia oleh cikgu Abas dan dia telah bersetuju untuk
menerima tawaran tersebut. Di sekolah tersebut Fuad telah berkenalan dengan
seorang ketua panitia bahasa Inggeris iaitu cikgu Farhana. Dalam menjalankan
tugas sebagai guru, Fuad sentiasa komited dalam melaksanakan tanggungjawabnya
untuk mendidik anak bangsa. Setelah beberapa lama kemudian, Fuad telah bertekad
untuk mencari pusara ibunya yang disangkakan telah meninggal sewaktu
melahirkannya. Dia telah mendapat dorongan moral daripada Pak Ismail dan Mak
Salmah untuk mencari pusara ibunya. Selain itu, ayahnya sendiri iaitu Robert
Lim turut membantu Fuad mencari ibu kandungnya terutama setelah mereka
mengetahui ibu Fuad iaitu Mariana masih lagi hidup. Individu yang
bertanggungjawab dalam memberi maklumat kepada Fuad berkenaan dengan ibunya
ialah Pak Said dan Pak Ngah Lias.
Hubungan Fuad dan Farhana semakin hari semakin rapat dan
mereka masing-masing melahirkan perasaan cinta yang suci antara kedua-dua
mereka. Walau bagaimanapun, perasaan kedua-dua mereka terpaksa diubah dek
kerana mereka sebenarnya merupakan adik beradik yang mempunyai ibu yang sama
dan berlainan bapa. Perkara ini terbongkar apabila Fuad terpandang akan nama
ibu Farhana yang sama dengan nama ibunya sewaktu ibu Farhana terlantar di
hospital dan dia terpaksa menerima kenyataan bahawa Mariana adalah ibu
kandungnya, manakala Farhana juga merupakan adik kandungnya walaupun berlainan
ayah. Pada awalnya, amat sukar untuk Farhana menerima kenyataan ini, tetapi
akhirnya dia dapat juga menerima segala takdir yang telah tersurat untuknya.
Selain itu, Robert Lim juga telah memohon maaf kepada Mariana, Pak Ismail dan
Mak Salmah atas segala perbuatannya.
Novel Melunas Rindu hasil karya Hartini Hamzah
mengandungi banyak nilai kehidupan yang perlu dipupuk dalam kehidupan seharian
kita. Hal ini demikian kerana, nilai-nilai insan yang terkandung dalam novel
ini sebenarnya dapat mengajar kita untuk lebih menghargai kehidupan kita.
Selain itu, pengarang juga menerapkan nilai-nilai insan dalam novel ini
bertujuan untuk membentuk sahsiah diri yang positif dalam kalangan remaja. Berikut
merupakan watak-watak yang telah ditonjolkan oleh pengarang dalam novel Melunas
Rindu iaitu, Fuad, Farhana, Pak Ismail , Mak Salmah, Cikgu Abas, Robert Lim,
dan beberapa lagi watak lain.
2.0 Nilai
Terdapat beberapa nilai yang telah diterapkan
oleh pengarang dalam novel Melunas Rindu. Antaranya ialah nilai kasih sayang,
nilai hormat-menghormati, nilai kesabaran, nilai kesederhanaan, nilai kepatuhan
kepada ajaran agama, dan nilai saling memaafi. Nilai-nilai yang telah digarap
oleh penulis dalam novel ini mampu untuk menyedarkan golongan masyarakat akan
kepentingan penghayatan nilai-nilai yang terdapat dalam novel dengan
berlatarbelakangkan jalan cerita yang amat menarik. Oleh itu, setiap golongan
masyarakat khususnya golongan muda perlu sentiasa mengamalkan nilai-nilai murni
dalam kehidupan mereka.
2.1 Nilai Kasih Sayang
Nilai kasih sayang yang terdapat dalam novel
dapat ditunjukkan oleh watak Fuad. Walaupun Fuad bukan merupakan anak kandung
kepada pasangan suami isteri Pak Ismail dan Mak Salmah, dia tetap menyayangi
mereka dengan sepenuh hati. Buktinya, Fuad sanggup membeli segala keperluan
yang dirasakan akan dapat membantu meringankan beban Pak Ismail dan Mak Salmah.
2.2 Nilai
Ketabahan
Nilai ketabahan yang terdapat dalam nilai
dapat ditunjukkan oleh watak Fuad. Fuad telah digambarkan oleh pengarang
sebagai seorang yang sangat tabah dalam menghadapi pelbagai dugaan hidup. Sejak
lahir lagi Fuad telah menghadapi pelbagai dugaan. Walaupun menghadapi pelbagai
dugaan, dia tetap tabah dan sabar sehingga dia menjadi seorang yang berjaya.
Buktinya, dia tabah mencari pusara arwah ibunya yang dikatakan telah meninggal
sewaktu melahirkannya. Hasil daripada ketabahannya, dia telah mendapat berita
bahawa ibunya masih lagi hidup. Berita tersebut amat menggembirakan Fuad dan
dia terus berusaha untuk mencari ibunya.
2.3 Nilai
Hormat-menghormati
Hormat-menghormati merupakan amalan yang perlu
diamalkan oleh setiap golongan masyarakat. Berdasarkan nilai Melunas Rindu,
nilai ini dapat ditunjukkan melalui watak Fuad. Fuad digambarkan oleh pengarang
sebagai seorang lelaki yang amat menghormati orang lain. Buktinya ialah sewaktu
Fuad menghantar Farhana pulang ke kampungnya. Sewaktu berada di rumah Farhana,
Fuad amat menghormati ibu Farhana. Selain itu, Fuad juga amat menghormati Pak
Ismail dan Mak Salmah. Walaupun Pak Ismail dan Mak Salmah bukanlah keluarga
kandung Fuad, dia tetap menghormati mereka seperti ibu bapanya sendiri.
Buktinya ialah, Fuad akan meminta pendapat Pak Ismail sebelum membuat sebarang
keputusan. Contohnya, sewaktu mendapat tawaran untuk menjadi guru sandaran oleh
Cikgu Abas, Fuad terlebih dahulu bertanya akan pendapat Pak Ismail. Perkara ini
telah membuktikan bahawa Fuad amat menghormati orang lain.
2.4 Nilai
Murah Hati
Nilai murah hati dapat digambarkan sebagai
sifat yang tidak kedekut dan suka memberi pertolongan. Nilai ini telah
ditunjukkan oleh watak utama dalam novel ini iaitu watak Fuad. Fuad digambarkan
seorang yang amat murah hati. Buktinya, dia telah membawa jagung hasil
tanamannya ke sekolah dan memberikan jagung-jagung tersebut kepada Farhana
serta guru-guru lain secara percuma. Selain itu, Fuad juga pernah membantu
sahabatnya sendiri iaitu dengan membantu menghantar anak sahabatnya ke hospital
kerana demam panas. Fuad tidak mengharapkan sahabatnya untuk membalas budinya.
Perkara ini telah membultikan bahawa Fuad merupakan seorang yang sangat
pemurah.
2.5 Nilai
Kerajinan
Nilai kerajinan ini dapat ditunjukkan dalam
novel Melunas Rindu melalui watak Fuad, Pak Ismail, dan watak Mak
Salmah. Hal ini demikian kerana, mereka rajin mengusahakan tanah terbiar yang
telah dibeli oleh Fuad. Buktinya, mereka telah membersihkan tanah tersebut dan
mereka mula bercucuk tanam. Hasilnya, mereka mendapat banyak hasil buah jagung
sehingga buah jagung tersebut dikongsi dengan guru-guru di sekolah. Perkara ini
telah membuktikan bahawa Pak Ismail, Mak Salmah, serta Fuad merupakan seorang
yang rajin.
3.0 Nilai
dan pembinaan modal insan
Nilai-nilai yang terdapat dalam novel Melunas
Rindu sekiranya diterapkan dalam kehidupan seharian murid-murid sekolah
akan dapat membentuk dan membina jati diri modal insan yang teguh. Nilai-nilai
yang terkandung dalam novel Melunas Rindu sebenarnya akan terkesan dalam
diri setiap individu sekiranya nilai-nilai ini dihayati dalam kehidupan
seharian. Berikut merupakan nilai dan perkaitan nilai tersebut dengan pembinaan
modalm insan.
3.1 Nilai Kasih Sayang
Nilai kasih sayang sememangnya perlu dihayati
dalam diri setiap individu. Hal ini demikaian kerana, kasih sayang dalam diri
seseorang akan dapat melahirkan masyarakat yang penyayang. Dengan menunjukkan
kasih sayang sesama manusia, masyarakat akan memandang tinggi akan seseorang
individu. Berdasarkan pandangan masyarakat yang positif akan membantu membentuk
modal insan seseorang individu.
3.2 Nilai
Ketabahan
Seseorang individu perlu tabah dan sabar dalam
menghadapi pelbagai dugaan dalam hidup. Seseorang yang tabah dalam menghadapi
pelbagai dugaan hidup tidak akan mudah untuk berputus asa. Individu yang tabah
akan sentiasa melakukan sesuatu dengan sepenuh hati sehingga mereka berjaya.
Seseorang murid yang tabah akan sentiasa berusaha bersungguh-sungguh untuk
mencapai keinginan mereka. Seseorang individu yang tabah akan mampu menjadi
modal insan yang berguna kepada negara.
3.3 Nilai
Hormat-menghormati
Nilai hormat-menghormati amat ditekankan oleh
setiap golongan masyarakat. Oleh itu, nilai ini perlu diamalkan dalam kehidupan
seharian setip golongan masyarakat. Nilai ini amat penting untuk diamalkan
kerana hormat-menghormati akan menimbulkan persefahaman yang tinggi dalam
kalangan masyarakat. Persefahaman yang tinggi dalam kalangan masyarakat akan
melahirkan sebuah negara yang aman makmur. Hal ini demikian kerana, pembentukan
modal insan yang positif dalam sesebuah negara akan mengubah corak pembangunan
sesebuah negara.
3.4 Nilai
Murah Hati
Setiap individu perlu mengamalkan nilai murah
hati. Seseorang yang pemurah tidak akan berkira sekiranya pertolongan atau
khidmat mereka diperlukan oleh orang lain. Mereka akan dengan dengan rendah
hati akan menghulurkan bantuan. Pembentukan modal insan yang positif akan mampu
melahirkan golongan masyarakat sebegini iaitu golongan masyarakat yang pemurah
dalam menghulurkan bantuan. Sikap suka menolong orang lain akan melahirkan
golongan masyarakat yang akan peka dengan keadaan atau situasi yang berlaku disekeliling
mereka. Sikap suka membantu orang lain juga akan menunjukkan keberkesanan dalam
pembinaan modal insan seseorang individu yang akan menjadi berguna kepada
masyarakat kelak.
3.5 Nilai
Kerajinan
Setiap individu yang bergelar murid atau
pelajar perlu mengamalkan nilai kerajinan. Hal ini demikian kerana, nilai
kerajinan akan dapat membentuk seorang modal insan yang berjaya. Modal insan
yang berjaya merupakan seorang yang tidak pernah berpuas hati dengan pencapaian
yang mereka dapat. Mereka akan berusaha untuk mencapai tahap kepuasan yang
maksima. Oleh itu, nilai kerajinan perlu diamalkan oleh setiap individu agar
dapat membentuk modal insan yang berjaya pada masa hadapan.
No comments:
Post a Comment