1.1 Definisi dan konsep kesusasteraan
Kesusasteraan merujuk kepada hasil seni yang disampaikan melalui bahasa.
Kesusasteraan mempunyai banyak takrifan khususnya oleh para sarjana
atau pengkaji kesusasteraan tempatan dan Barat. Hashim Awang (1985)
dalam Khairuddin Mohamad et. al (2014) mendifinisikan kesusasteraan
sebagai “ciptaan seni yang disampaikan melalui bahasa. Ia mungkin dituturkan
iaitu disebut sastera lisan dan yang ditulis disebut sastera tulisan.
Di samping itu sastera pula memiliki keindahan dalam aspek-aspek isi atau
daya pengcapannya”.
Kesusasteraan berasal daripada kata susastera dalam bahasa Sanskrit.
Suku kata su membawa maksud indah, baik, lebih berfaedah. Kata sastera pula
bermaksud huruf atau buku. Daripada kata susastera telah diberikan imbuhan
apitan ke- … -an yang bertujuan untuk memberikan keindahan bunyi. Oleh itu,
kata kesusasteraan membawa maksud kumpulan buku-buku yang indah bahasanya
dan baik isinya.
Dalam kesusasteraan, bahasa yang digunakan dalam tulisan atau karangan
mestilah baik dan bersantun. Isinya juga harus baik dan benar-benar menggambarkan
kebenaran dalam kehidupan manusia di dunia. Selain itu, karya sastera juga
memaparkan perutusan, amanat, idea dan buah fikiran atau gagasan pengarang
yang terhasil daripada cetusan gabungan daya rasa, kepekaan dan keprihatinannya
terhadap apa yang diamati dan dialami oleh masyarakat. Sesebuah karya sastera
juga mencerminkan realiti kehidupan masyarakat sebenar dan mempunyai
mesej dan fungsi untuk mendidik dan membina keperibadian
ahli-ahli masyarakatnya.

1.2 Definisi nilai-nilai murni dan kaitannya dengan genre sastera.
Menurut Kamus Dewan edisi keempat (2010), ‘nilai’ merujuk kepada
darjat, kualiti, mutu dan taraf. ‘Murni’ pula didefinisikan sebagai tidak
mengandungi unsur-unsur asing (biasanya unsur-unsur yang mencemarkan),
bersih, benar, suci dan tulen. Oleh itu, nilai murni merujuk kepada segala
perbuatan, perlakuan atau tindakan yang bermutu, berdarjat dan,
berkualiti serta elok yang perlu dijadikan contoh dan teladan.

Dalam sesebuah karya sastera, nilai-nilai murni banyak diterapkan oleh
pengarang untuk dijadikan teladan oleh khalayak pembaca. Nilai-nilai murni
ini merangkumi semua aspek kehidupan manusia dan merentas zaman.
Misalnya, nilai-nilai yang diamalkan oleh masyarakat dahulu masih menjadi
pegangan masyarakat kini seperti ketaatan kepada pemerintah, cintakan
tanah air dan sebagainya. Nilai –nilai murni yang terdapat dalam semua
karya sastera berfungsi untuk membentuk keperibadian manusia
yang bermoral dan berperikemanusiaan.

Melihat kepada konteks pengajaran dan pembelajaran di sekolah,
karya sastera digunakan oleh guru sebagai medium untuk menerapkan
nilai-nilai murni dalam diri setiap pelajar agar pelajar menjadi seorang insan mulia,
bersopan santun, bermoral dan berguna kepada keluarga, masyarakat dan negara.
Misalnya, karya-karya sastera Melayu tradisional seperti pantun, syair ,
cerita jenaka, seloka, dan sebagainya sarat dengan nilai-nilai moral yang dapat
dijadikan teladan dan pengajaran kepada pelajar.

No comments:
Post a Comment