Berdasarkan
analisis yang dilakukan terhadap beberapa genre sastera Melayu,
dapat
disimpulkan bahawa sastera Melayu tradisional bukan sahaja berperanan sebagai
alat hiburan semata-mata tetapi turut memainkan peranan penting dalam dunia realiti.
Setiap karya sastera yang dihasilkan mempunyai unsur yang dapat membentuk
keperibadian
pelajar sebagai generasi yang terpelajar dan bermoral. Hal ini
demikian kerana,
karya- karya sastera yang dihasilkan banyak memuatkan kejadian
sebenar berasaskan
zaman untuk proses pembelajaran mereka.
Selain
itu, setiap genre sastera juga banyak
memuatkan pengajaran dan nilai-nilai
keinsanan yang dapat dijadikan contoh atau
teladan kepada khalayak pembaca khususnya
pelajar. Nilai- nilai tersebut penting untuk diterapkan dalam diri setiap pelajar dalam usaha
membangunkan modal insan. Karya sastera juga mengandungi mesej untuk menyelesaikan
masalah dan menyedarkan mereka kaedah serta cara menangani pelbagai masalah dalam
masa yang singkat. Oleh hal yang demikian, wajarlah kiranya penggunaan karya- karya sastera
Melayu tradisional ini dalam proses pengajaran dan pembelajaran ditingkatkan dan diberi
perhatian yang lebih serius.

No comments:
Post a Comment