Ibarat bunga kembang tak jadi
Dialah pemberi paling setia
Untuk manusia sebelum jadi dewasa.
Dialah ibu dialah bapa juga sahabat
Alur kesetiaan mengalirkan nasihat
Pemimpin yang ditauliahkan segala umat
Seribu tahun katanya menjadi hikmat.
Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa
Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta
Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara
Jika hari ini seorang ulama yang mulia
Jika hari ini seorang peguam menang bicara
Jika hari ini seorang penulis terkemuka
Jika hari ini siapa sahaja menjadi dewasa;
Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa
Dengan lembut sabarnya mengajar tulis-baca.
Di mana-mana dia berdiri di muka muridnya
Di sebuah sekolah mewah di Ibu Kota
Di bangunan tua sekolah Hulu Terengganu
Dia adalah guru mewakili seribu buku;
Semakin terpencil duduknya di ceruk desa
Semakin bererti tugasnya kepada negara.
Jadilah apa pun pada akhir kehidupanmu, guruku
Budi yang diapungkan di dulangi ilmu
Panggilan keramat “cikgu” kekal terpahat
Menjadi kenangan ke akhir hayat.
1979
Maksud Sajak ‘Guru O
Guru'
Sajak ‘Guru O Guru’ membawa
tema keguruan iaitu bertemakan kemurnian
profesion keguruan.Menurut penulis
guru merupakan manusia yang tidak lokek
dengan ilmu dan sentiasamemberikan ilmu
dengan ikhlas demi untuk membentuk
generasi muda yang berjaya dancemerlang.
Persoalan ini dinyatakan penulis
dalam rangkap pertama.
Dalam rangkap kedua
pula penulis menggambarkan guru berperanan sebagai ibu bapa,
dan rakanyang
sentiasa mengambil berat dan memberikan nasihat kepada pelajarnya.
Guru juga
pemimpinatau orang yang dipercayai dan dihormati oleh golongan masyarakat.
Pandangan dan nasihatnyaakan terus diingati.
Selain itu dalam
rangkap ketiga Allahyarham Datuk Usman menyatakan jasa seorang guru
yang telah
berjasa dan berjaya melahirkan pemimpin, golongan profesional, golongan istana
dan rakyat biasa. Kejayaan mereka bermula daripada kesabaran dan tunjuk ajar
seorang gurumengajar membaca dan menulis.
Seterusnya dalam
rangkap keempat penulis menggambarkan pengorbanan guru
yang mengajar di bandar,
luar bandar dan pedalaman. Pengorbanan mereka sangat besar.
Mereka sanggup mengajar
di sekolah-sekolah di luar bandar dan pedalaman semata-mata
untuk menurunkan
ilmu.
Akhir sekali dalam
rangkap terakhir, penulis memaparkan budi dan jasa guru yang sukar
untuk
dilupakan. Golongan guru akan terus dipanggil dengan panggilan keramat “Cikgu”
sehingga keakhir hayat mereka. Gelaran keramat ini mempunyai nilai yang sangat
tinggi
meskipun tidak mendapat keistimewaan seperti pemegang gelaran ‘Tun’, ‘Tan
Sri’
dan sebagainya. Kesimpulannya, sajak ‘Guru O Guru’ mengangkat tema
keguruan
yang menyatakan jasa, pengorbanan, sumbangan, dan kemuliaan guru dalam
masyarakat.
Nilai
Sajak ‘Guru O Guru’ sarat dengan nilai murni yang
disulam dengan begitu indah sekali oleh penulis.
Penulis menyelitkan nilai
mencintai ilmu dalam rangkap pertama. Bagi penulis guru mencintai ilmu
dan tidak
lokek menyebarkan ilmu kepada pelajarnya.
Dalam rangkap kedua pula penulis
memaparkan nilai kasih sayang, ingat-mengingati dan daya
kepemimpinan yang ada
pada guru. Guru menyayangi pelajar seumpama ibu bapa menyayangi
anaknya dan
menjadi sahabat akrab terhadap pelajarnya..
Selain itu, dalam rangkap ketiga penulis menggambarkan
jasa guru mendidik anak muridnya
sehingga menjadi orang yang berjaya dalam
hidup.
Pada rangkap keempat pula dipaparkan nilai pengorbanan guru yang sanggup
bertugas di bandar, luar
bandar dan pedalaman semata-mata untuk berkhidmat
kepada masyarakat dan menyampaikan
ilmu pengetahuan.
Seterusnya,
penulis menyelitkan nilai murni mengenang jasa. Jasa guru akan sentiasa diingati
oleh masyarakat. Panggilan ‘cikgu’ akan kekal meskipun seseorang guru sudah
berpencen.
Tema
Sajak ‘Guru O Guru’ bertemakan kerjaya perguruan
yang mulia.
Persoalan
Terdapat banyak persoalan yang dipaparkan dalam
sajak ‘Guru O Guru’,antaranya:
1. Keikhlasan seorang guru mendidik anak didik.
2. Hubungan guru dengan pelajar seperti ibu bapa dan
rakan karib.
3. Kejayaan seseorang manusia adalah atas usaha dan
jasa guru.
4. Pengorbanan guru yang sanggup berkhidmat di luar
bandar, bandar dan pedalaman.
5. Jasa dan pengorbanan guru tetap akan dikenang
oleh masyarakat